Friday, February 17, 2012

Proses Kejadian Siang dan Malam [Part 1]



Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari kepastian asal usul kejadian alam ini. Bagaimana proses kejadiannya. Bagaimana alam ini terjadi dan diciptakan. Manusia masih tercari-cari jawapannya. Manusia tidak jemu-jemu dengan segala usaha dan kemahiran yang ada untuk mencari jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini dengan teknologi  tinggi dan canggih masih terus berusaha untuk mencari rahsia kejadian alam ini.

Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkan manusia untuk  mencari jawapannya kerana Dia Maha Mengetahui akan kelemahan hambaNya. Kelemahan manusia sungguh banyak contohnya kita tidak boleh menjelajah jauh ke seluruh pelusuk alam untuk mengetahui keadaan sebenar seluruh alam. Apa yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan berdasarkan dengan sedikit ilmu yang ada pada ketika itu. Mungkin betul dan mungkin juga salah. Oleh kerana itulah Allah telah memberitahu manusia jawapan bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. JawapanNya diterangkan di dalam al Quraan melalui RasulNya. Di dalam al Quraan yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. FirmanNya yang bermaksud:

"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah     perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan  di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia  mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha  Bijaksana lagi Maha Mengetahui"
al Anaam: 73

    Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan jelas di dalam al Quran. Allah telah menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud: 

"Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya. Dan daripada air Kami jadikan segala suatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?

Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta(Dr.Zakaria Awang Soh,1990)
  • Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang  wujud) tunggal.
  • Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit.
  • pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal dan peningkatan jirim (ordering matter)

Perkataan "ratq" membawa maksud memadukan unsur-unsur menjadi satu jasad yang padu. Jasad yang padu inilah yang menjadi asal mula alam. Perkataan "fatq" membawa maksud dipisahkan atau dipecahkan. Jasad yang padu tadi kemudiannya melalui proses pemisahan. Bagaimana proses pemisahan itu tidak dapat dijelaskan. Jika dilihat kepada alam semesta yang wujud hari ini menggambarkan proses pemisahan ini berlaku dalam satu kuasa pemisahan yang sungguh hebat dan amat kuat.

Proses pembentukan alam ini berlaku secara bertahap-tahap selepas dari pemishan itu. Hal ini seperti yang disebut di dalam alQuraan yang bermaksud: 

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah    kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa     keduanya menjawab 'kami datang dengan suka hati'      Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia  mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit    yang dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya     dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."                                    
Fushilat        :     11-12

Seluruh proses kejadian alam ini berlaku secara sistematik dengan ukuran yang rapi dan tepat seperti yang disebut di dalam alQuraan

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)."
AlQamar :49

Manakala alam semesta yang diciptakan oleh Allah ini sentiasa mengembang atau keluasan alam ini sentiasa bertambah dari masa kesemasa. Ini bermaksud segala apa yang ada di alam ini sentisa bertambah terhadap masa.  FirmanNya bermaksud:

"Dengan kemahiran dan kekuasaan Kami, Kami bangunkan    langit dan Kami kembangkannya"  
Azariat : 4

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hysham ! Like Kalau Suka ! Boleh comment juga. Love korang ketat ketat! Muahhhx! ♥

Thursday, February 16, 2012

Korean 환영합니다 : Nombor

안녕하십니까 !! Photobucket


Baiklah, ini adalah slot terbaru dalan belog saya. Mungkin ia tak sehebat A lot Lestari mahupun Slot Samarinda TV3. Ini  adalah percubaan terbaru saya dalam dunia belog ini. Dan saya ingin melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini! Semestinya bukan!

First learning untuk hari ini adalah kita mengenal nombor dalam Bahasa Korea. Ingin di jelaskan disini, Bahasa Malaysia tetap Bahasa kita. Dan bahasa yang ingin saya ajarkan ini hanyalah sekadar menambah ilmu saya sendiri serta anda. InsyaAllah.

Berikut adalah seperti tertera di bawah :

1- (하나)  (hana)
2  -() (tul)
3 - ()  (set)
4- ()  (net)
5 -(다섯)  (tasot)
6- (여섯)  (yosot)
7-(일곱)  (ilgop)
8  -(여덟)  (yodolp)
9 - (아홉)  (ahop)
10 - ()  (yol)
11 - (열하나) (yol-hana)
12 - (열둘)  (yol-tul)
13 - (열셋)  (yol-set)
14 - (열넷)  (yol-net)
15 - (열다섯)  (yol-tasot)
16 - (열여섯)  (yol-yosot)
17 - (열일곱)  (yol-ilgop)
18 - (열여덟)  (yol-yodolp)
19 - (열아홉)  (yol-ahop)
20 - (스물)  (sumul)
30 - (서른)  (sorun)
40 - (마흔)  (mahun)
50 - ()  (shween)
60 - (예순)  (yesun)
70 - (이른)  (ireun)
80 - (여든)  (yodun)
90 - (아흔)  (ahun)

By the way, Ini sahaja yang dapat saya ajarkan untuk hari ini. Slot “Korean 환영합니다 akan diadakan pada setiap hari Khamis sahaja. Stay tune ;)




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hysham ! Like Kalau Suka ! Boleh comment juga. Love korang ketat ketat! Muahhhx! ♥

Sunday, February 12, 2012

Whitney Houston Dead



Susunan oleh Kheme Rosly


AMERIKA SYARIKAT, 12 FEBRUARI 2012: Membesar dengan mendengar lagu-lagu dendangan Ratu Pop, Whitney Houston, 48 telah memberi kita semua inspirasi menerusi setiap bait lirik lantunannya yang kekal segar dalam ingatan.

Itulah kehebatan Ratu muzik Pop antarabangsa, Whitney Houston yang telah dilaporkan meninggal dunia di hotel di Hotel Beverly Hilton, California pada 3.55 petang waktu tempatan. Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah yang dilihat dan pihak masih lagi menyiasat faktor yang menyebabkan kematian Whitney Houston yang mengejutkan itu.

Beliau yang terkenal dengan suara yang hebat dan imej yang menunjukkan keagungan Whitney sebagai Ratu muzik Pop dunia sehingga dia terjerumus dalam pengambilan dadah dan sikap buruk yang sukar dikawal.
Namun beliau masih mendapatkan sokongan daripada peminat yang mahu membantu Whitney Houston menangani masalahnya itu.

Meninggalkan peminat yang begitu ramai diseluruh dunia pada usia 48, berita ini diratapi oleh mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Whitney Houston.

Dapat dilihat dia menjadi trend di Twitter dan semua mereka terkejut termasuklah Twitter milik rakan artis seperti Mariah Carey yang menulis "She will never be forgotten as one of the greatest voices to ever grace the earth".

Penampilan terakhir Whitney yang dapat dirakamkan media ketika salah satu parti Grammy pada Khamis lepas.
Dia juga diberitakan telah menyanyi bersama Kelly Price dan ada beberapa foto yang dirakamkan dia menikmati persembahan terakhirnya itu.

Meninggalkan seorang anak gadis Bobbi Kristina, hasil daripada perkahwinannya dengan Bobby Brown, mereka didapati meluangkan masa bersama di sekitar Los Angeles sejak beberapa hari lepas. Dengan album yang dilaporkan terjual sebanyak 170 juta unit di seluruh dunia, sudah cukup membuktikan dia tidak mungkin boleh diganti oleh mana-mana penyanyi.

Kejayaan di carta Billboard sebanyak tujuh kali secara berterusan pada 1980-an dengan lagu hit sepertiSaving All My Love for You,How Will I Know dan Greatest Love of All menjadikan dia tiada tandingan. Filem lakonannya The Bodyguard yang turut menampilkan runut bunyi judul yang sama telah menjadi antara 10 album yang mendapat penjualan paling tinggi diseluruh dunia yang menampilkan lagu I Will Always Love You.

Dia yang dibawa masuk ke industri oleh Clive Davis, produser muzik popular yang juga menjadi mentor kepada Whitney sentiasa memberi sokongan yang tidak henti kepadanya iaitu selama lebih 25 tahun. Kehilangan terbesar selepas kematian Raja Pop, Micheal Jackson ini telah mencoretkan sebuah lagi kisah pemergian insan berbakat besar dalam industri muzik

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hysham ! Like Kalau Suka ! Boleh comment juga. Love korang ketat ketat! Muahhhx! ♥

Friday, February 10, 2012

Its Friday Story : Dajal





Nabi Muhammad adalah NABI Akhir zaman yang telah menceritakan segalanya peristiwa sehingga hari kiamat. Nabi Muhammad s.a.w hanya tidak dapat menyatakan bilakah tarikh Hari Kiamat. Maka tak perlu difikirkan.

Masaalah 2012 yang diperkatakan seluruh manusia sekarang adalah merujuk kepada Bab Ke 5. Ia bukannya bab Hari Kiamat. Tetapi bab peralihan tamaddun manusia . Ia pasti berlaku cuma apakah pada 2012 itu adalah haq Allah.

10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam


1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir


Kelahiran Bayi Bermata Satu

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya : Siapa dajal ? Di mana tempat tinggalnya ? Siapa keturunannya ? Bila dia dilahirkan ? Bagaimana rupa fizikalnya ? Bila dia akan muncul ? Dan bagaimana untuk mengelakkannya ?

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal. Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,"Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu.

Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya. Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong. Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati. "Tertulis di dahinya perkataan, 'Kaf-Fa-Ra' (kafir).

Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca. "Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia," jelas Fadlan. Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, "Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka."

Keistimewaan Dajjal

Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya :

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, "Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti ?"
Rasulullah menjawab, "Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka."

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, "Kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini ? " Nabi menjawab : "Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang." Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, "Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah." Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

Bila Dajjal Dilahirkan ?

Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai Al-Masihi Ad-Dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog antara Tamim dan al-Jassasah.


Al-Jassasah : Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim : Siapakah kamu ?

Dajal : Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu ?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim : Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal : Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah ?

Tamim : Ya.

Dajal : sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya ?

Tamim : Airnya banyak lagi.

Dajal : Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim : Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal : Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya ?

Tamim : Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal : Betulkah itu ? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah Al-Masihi Ad-Dajal. Sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

Tempat Persembunyian Dajjal

Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya, : "Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur)" - Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan." - Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan." - Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

Menerusi penyelidikan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Cara Mengelakkan Fitnah Dajjal

Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, "Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal."

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, "Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya."

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hysham ! Like Kalau Suka ! Boleh comment juga. Love korang ketat ketat! Muahhhx! ♥

Thursday, February 2, 2012

My Baby ;)





Saya ada gadget baru untuk tahun 2012. Hahaha. Berkat kerja bertukus lumus, penat lelah buat OT kat tempat kerja akhirnya membuahkan hasil. Dapat la jugak tercapai antara salah satu hajat untuk 2012. Amin.


That my Bold 3! Sayang dia ketat ketat! Hahahaha. To my Naite, please dont get angry with my status. Sayang kamu berdua. *mati lerr statement!




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hysham ! Like Kalau Suka ! Boleh comment juga. Love korang ketat ketat! Muahhhx! ♥

Wednesday, February 1, 2012

Its January's Buffday



Sorry if lambat publish entry neh. Actually, her buffday was on 27th January. So happy belated buffday for Zuhaida. She is my OfficeMate ;)


Perkara neh pon tak di rancang actually. Suddenly, received call from Kak Ct yang mereka nak buat suprise party. Dan masa tuh aku just bangun dari tido. Can you guys imagine that face? Hahahaha. Its terrible!  


Thanks for invite me to the party. But the most important is masa dia potong kek semua kat kantin tepuk tangan. Motif?? Hahaha. And then, perkara yang paling aku menyampah masa aku tengah order makanan. Mahal!


Btw, kiteorang enjoy sangat sampai dia terharu dengan post kaf facebook dia. Tengok bawah neh ;)



Enjoy sangat buffday party neh even masa tuh aku tak mandi lagi. kantoiiii~ lalalala





Enjoy the day! Thanks again for inviting me to that event. By the way, hopefully korang buat suprise party untuk aku semula. Tetiba mengidam kek Secret Resipi. Awesome!!




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hysham ! Like Kalau Suka ! Boleh comment juga. Love korang ketat ketat! Muahhhx! ♥

Copyright © 2006. All right reserved by Hysham Hyszham