Susunan oleh Kheme Rosly
AMERIKA SYARIKAT, 12 FEBRUARI 2012: Membesar dengan mendengar lagu-lagu dendangan Ratu Pop, Whitney Houston, 48 telah memberi kita semua inspirasi menerusi setiap bait lirik lantunannya yang kekal segar dalam ingatan.
Itulah kehebatan Ratu muzik Pop antarabangsa, Whitney Houston yang telah dilaporkan meninggal dunia di hotel di Hotel Beverly Hilton, California pada 3.55 petang waktu tempatan. Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah yang dilihat dan pihak masih lagi menyiasat faktor yang menyebabkan kematian Whitney Houston yang mengejutkan itu.
Beliau yang terkenal dengan suara yang hebat dan imej yang menunjukkan keagungan Whitney sebagai Ratu muzik Pop dunia sehingga dia terjerumus dalam pengambilan dadah dan sikap buruk yang sukar dikawal.
Namun beliau masih mendapatkan sokongan daripada peminat yang mahu membantu Whitney Houston menangani masalahnya itu.
Meninggalkan peminat yang begitu ramai diseluruh dunia pada usia 48, berita ini diratapi oleh mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Whitney Houston.
Dapat dilihat dia menjadi trend di Twitter dan semua mereka terkejut termasuklah Twitter milik rakan artis seperti Mariah Carey yang menulis "She will never be forgotten as one of the greatest voices to ever grace the earth".
Penampilan terakhir Whitney yang dapat dirakamkan media ketika salah satu parti Grammy pada Khamis lepas.
Dia juga diberitakan telah menyanyi bersama Kelly Price dan ada beberapa foto yang dirakamkan dia menikmati persembahan terakhirnya itu.
Meninggalkan seorang anak gadis Bobbi Kristina, hasil daripada perkahwinannya dengan Bobby Brown, mereka didapati meluangkan masa bersama di sekitar Los Angeles sejak beberapa hari lepas. Dengan album yang dilaporkan terjual sebanyak 170 juta unit di seluruh dunia, sudah cukup membuktikan dia tidak mungkin boleh diganti oleh mana-mana penyanyi.
Kejayaan di carta Billboard sebanyak tujuh kali secara berterusan pada 1980-an dengan lagu hit sepertiSaving All My Love for You,How Will I Know dan Greatest Love of All menjadikan dia tiada tandingan. Filem lakonannya The Bodyguard yang turut menampilkan runut bunyi judul yang sama telah menjadi antara 10 album yang mendapat penjualan paling tinggi diseluruh dunia yang menampilkan lagu I Will Always Love You.
Dia yang dibawa masuk ke industri oleh Clive Davis, produser muzik popular yang juga menjadi mentor kepada Whitney sentiasa memberi sokongan yang tidak henti kepadanya iaitu selama lebih 25 tahun. Kehilangan terbesar selepas kematian Raja Pop, Micheal Jackson ini telah mencoretkan sebuah lagi kisah pemergian insan berbakat besar dalam industri muzik




0 Pengkritik:
Post a Comment