Tuesday, December 13, 2011

Dakwaan Palsu berkaitan F&N Product

Salam Blogger!

Mesti korang pernah terima SMS berkaitan dengan produk F&N yang kunon nya mengatakan ada pekerja dari syarikat itu telah menambahkan darahnya yang tercemar dengan HIV dalam produk tersebut. Malah boleh pulak isu neh dikaitkan dengan siaran nya di Stesen NTV7. 

Untuk maklumat korang, tak ada bukti yang kukuh pon nak kait kan semua bende tuh. Tak wujud. Cuma ada seseorang yang mereka cerita untuk jatuhkan produk tersebut. Inilah lumrah orang Malaysia yang tak boleh lihat seseorang maju. Ingat! Usaha tangga kejayaan! Jangan nak jadi pemalas. Berdosa taw!

Info neh membuatkan aku rasa was was sebab ada penyebar mengatakan info ini disiarkan oleh NTV7. Dan ada yang mengatakan disiarkan di ND TV (Saluran Rancangan di New Delhi). So, nampak tak perbezaan info di situ? Korang masih nak percaya lagi? Pleasee la. Jangan nak jadi kambing hitam untuk percaya pada bende bende yang tak berasas.
Pusat Pengawalan Dan Pencecahan Penyakit Antarabangsa (CDC) berkata semua dakwaan tersebut jelas palsu kerana adalah sangat mustahil untuk virus HIV dapat dijangkiti dengan cara sedemikian. Dakwaan tersebut juga sangat mirip kepada beberapa dakwaan yang didapati palsu sebelum ini dimana ada pihak yang menyebarkan tentang produk makanan seperti sos cili dan tomato yang mengandungi virus HIV sekitar tahun 2004, 2007 dan 2008. Menurut laporan dari CDC yang dikemas kini pada tahun 2010 sehingga kini, tiada sebarang aduan berkaitan produk makanan yang dicemari darah atau air mani yang mengandungi virus HIV dan tiada sebarang insiden yang membabitkan jangkitan HIV melalui produk makanan. - Sumber Internet
Please jangan nak SMS kat phone aku pasal message berantai semua. Aku tak suka. Dan aku ulangi, AKU TAK SUKA! Understand? Menyemak memenuhkan inbox aku serta email aku. 

Hysham kata : Foward pada yang tersayang kunon. Kang aku benci korang baru tahu! 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Hysham ! Like Kalau Suka ! Boleh comment juga. Love korang ketat ketat! Muahhhx! ♥

0 Pengkritik:

Copyright © 2006. All right reserved by Hysham Hyszham