Hari neh aku nak buat laporan macam pembaca berita. Boleh. Hahaha. Perlawanan malam tadi di antara Malaysia dan Indonesia amatlah ditunggu tunggu oleh rakyat Malaysia untuk menentukan siapakah yang akan menjadi juara kumpulan. Dan bakal bertemu dengan Myanmar (Juara kumpulan B).
Saingan amat sengit sekali, dan apabila tiba minit ke 40, pemain berjersi 18 iaitu Syahrul Azwari telah berjaya menjaringkan gol tunggal negara. Tiada gol tambahan pada masa kedua dan sekaligus menjadikan Malaysia Juara Kumpulan A dengan mata 10 mata dihadapan .
Tahniah! Syukur kepada ilahi kerana memberikan kesempatan atlit Malaysia untuk bertanding pada edisi temasya sukan sea kali ini. Hopefully, Team Malaysia akan buat yang lagi terbaik untuk separuh akhir nanti! Amin.
- Nama Penuh : Mohamad Syahrul Azwari bin Ibrahim
- Tarikh Lahir : January 12, 1993
- Tempat lahir : Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
- Posisi : Penyerang
- Kelab : Harimau Muda A
- Pendidikan : Sekolah Sukan Bukit Jalil
- Jersi : 18
Sumber : Wikipedia
Hysham kata : Yeay! Aku taksub dengan BOLA!






0 Pengkritik:
Post a Comment