Twitter bermula dengan anda daftar username atau dikenali sebagai twitter handle. Contohnya username anda hysham hyszham jadi twitter handle adalah @hyshamhyszham. Seeloknya gunakan twitter handle yang senang orang nak ingat, tidak terlalu panjang dan elakkkan segala jenis simbol pelik. Nama yang terlalu panjang akan mengambil space bila orang mention atau retweet.
Biasanya, pengguna baru Twitter pasti menggunakan web twitter.com manakala pengguna lama pula menggunakan twitter client samada di komputer atau smartphone.
Log In / Sign Up
Untuk nak buka laman sosial ni mesti lah kene Log In atau Sign Up dulu kan? Dah buat? Okeh. Tengok gambar kat bawah neh.
- What's Happening – Update je status macam korang update status kat Facebook
- TimeLine –Korang akan nampak kawan kawan korang update status kat Twitter
- @hyshamhyszham – Yang ini pula, korang akan dapat tengok if ada orang respon status yang korang update tadi.
- Activity - Korang boleh update apa jua yang korang buat. Dengan syarat buat simbol "#" taw!
p/s RT adalah Retweet /RT atau dalam bahasa melayu Tweet Kembali. Contohnya ada orang tweet “Aku sedang mencari awek, pls RT” kemudian saya tweet kembali supaya ianya dibaca oleh followers saya yang lain. Orang lain pun boleh RT balik apa yang saya RT tadi.
Follow / UnFollow
Meh tengok contoh artis yang kita nk follow. Senang je if nak main follow follow neh. Hahaha
Hanya tekan 'Follow' sahaja. Then akan tertera perkattaan 'Following' . Maksudnya korang dah follow. If korang benci dengan dia pulak? Apa lagi, Unfollow la. Macam contoh gambar kat bawah neh.
Lepas neh korang boleh follow sesape je yang korang nak :D
Berkongsi link/gambar/video di twitter
Jika anda ada blog, twitter adalah satu medium yang sangat penting untuk promosi blog. Katakan anda baru post satu entri baru, anda boleh tweet “ Jom kawan2 baca post terbaru ai pasal Hysham di http://hyshamstories.blogspot.com” sebagai contoh je la. Dengan itu, followers anda yang ada masa lapang boleh click link tersebut dan baca blog anda.
Untuk share gambar di twitter, anda boleh gunakan servis daripada Twitpic, Plixi ataupun YFrog. Hanya perlu sign in guna akaun twitter dan boleh mula upload gambar di twitter.
Upload video pula boleh guna Yfrog.
Hysham kata : Best kan dapat belajar benda baru :)







0 Pengkritik:
Post a Comment