1. Dapat ramai kawan baru, setengah2 orang sampai buat twitter meetup/twtup. Kawan facebook biasanya kawan yang kita kenal dalam dunia nyata tapi kawan twitter tak pernah jumpa pun boleh jadi kawan
2. Anda minat seseorang artis, anda tegur dia dan dia pula balas balik. Rasa best gak bila artis layan peminat, hehehe. Antara artis sporting macam @shilaamzah @schaalyahya selalu layan tweet peminat.
3. Berkomunikasi dengan pembaca blog, contohnya kadang2 ada orang tanya soalan komputer di twitter saya, dan biasanya saya akan balas dengan jelas
4. Stress, tension, perlukan nasihat? Anda boleh buat macam tu di twitter. Kalau kat facebook kalau anda kerap update status mesti ada yang menyampah. Kalau kat twitter anda boleh cakap apa saja yang anda nak, ada yang setiap seminit update tweet itu perkara biasalah.
5. Discover benda baru, contohnya berita terkini, livescore perlawanan bolasepak, serta macam-macam lagi perkara yang berlaku dalam dunia ini, sebab mesti ada orang share berita2 dekat twitter.
6. Bermain hashtag, contohnya #FaktaBiol #TajukFilemTwitter #Malaysia #AJL23. Biasanya hashtag yang ramai orang tweet akan menjadi trending di Twitter.com, boleh dikatakan topik yang sedang popular. (Baru belajar bab neh. Seronok!)
7. Kalau anda follow awesome people sure hari-hari anda lebih ceria dengan tweet mereka yang lucu, berilmiah dan membina. Kalau follow kaki maki hamun, carut, pencacai politik kurang seronok sebab cepat rasa menyampah. Pastikan follow orang yang betul.
8. Kalau anda bosan sangat, cuba tegur rakan-rakan twitter anda. Sembang je la topik apa dengan mereka pun.
9. Dapatkan trafik untuk blog, website, facebook anda. Kalau follower dah beribu2 dan anda cukup popular, tweet “Blog updated: bekfast hari ini ialah nasi lemak 50 sen” pun beratus2 orang akan click. Cool kan?
10. Medium penyebaran maklumat masa kini, twitter lagi senang guna berbanding facebook. Sangat flexible sebab boleh tweet pakai komputer, laptop, smartphone, handphone biasa, sms dll.
Hysham kata : Itu lah yang paling menarik bila dunia dah moden :)





0 Pengkritik:
Post a Comment